Nilai Taraf

 6 SP.2.1.2 (i) universiti-universiti di Amerika Syarikat yang bertaraf ‘accredited’ bermaksud semua Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh ‘Commission On Recognition of Post Secondary Accreditation (CORPA)’; (ii) CGPA bermaksud ‘Cumulative Grade Point Average’ yang digunakan oleh Institusi Pengajian Tinggi di Amerika Syarikat di mana lazimnya mempunyai nilai maksima 4.0. Senarai Universiti-Universiti Dan Kolej-Kolej Di Amerika Syarikat 4. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1987 telah menyenaraikan sebanyak 233 buah universiti di Amerika Syarikat di mana Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dan Sains Am dengan pencapaian sekurang-kurangnya CGPA 2.75 diiktiraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari universitiuniversiti tempatan. 5. Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan senarai 233 buah universiti mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1987 itu dengan senarai baru 234 buah universiti seperti di Lampiran SP.2.1.2(A). Senarai baru ini memasukkan 16 buah universiti baru seperti di Lampiran SP.2.1.2(B) dan mengeluarkan 15 buah universiti daripada senarai lama seperti di Lampiran SP.2.1.2(C). 6. Bagi universiti-universiti yang tidak termasuk seperti di perenggan 5 Ceraian ini, hendaklah dirujuk status pengiktirafan bagi universiti berkenaan kepada MQA dan penetapan nilaitaraf bagi kelayakan tersebut hendaklah mengguna pakai prinsip di bawah Ceraian ini. Prinsip Pengiktirafan Kelayakan Dari Universiti/Kolej Di Amerika Syarikat 7. Semua prinsip pengiktirafan yang ditetapkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1987 seperti di bawah ini masih lagi terpakai: (i) Kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dan Sains Am dari universiti-universiti di Amerika Syarikat yang bertaraf “accredited” diiktiraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Am/ Lulus dari universiti-universiti tempatan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy