Nilai Taraf

 8 SP.2.1.2 Penyesuaian Gaji Pegawai Sedang Berkhidmat 9. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam mana-mana skim perkhidmatan bagi jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Ijazah Sarjana Muda Am dan setaraf, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan pencapaian sekurangkurangnya CGPA 2.75 dari mana-mana 16 buah universiti yang ditetapkan seperti di Lampiran SP.2.1.2(B), dan menerima gaji lebih rendah daripada matagaji yang nilainya setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian universiti yang diiktiraf, serta dilantik sebelum 1 Januari 1995, hendaklah diselaraskan gaji mereka kepada matagaji yang bersesuaian mulai 1 Januari 1995. Sekiranya tarikh pergerakan gaji jatuh pada tarikh kuatkuasa iaitu 1 Januari 1995, tarikh pergerakan gajinya ditetapkan pada 31 Disember 1994 bagi maksud pemindahan gaji dan penetapan tarikh pergerakan gaji baru. Tarikh pergerakan gaji bagi anggota yang berpindah daripada 2 matagaji atau lebih kepada satu matagaji, tarikh pergerakan gaji berubah kepada tarikh baru seperti di Lampiran SP.2.1.2(D), dan SP.2.1.2(E). 10. Pegawai-pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 1995, gaji masuk mereka hendaklah juga diselaraskan ke matagaji yang nilainya setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari universiti yang diiktiraf. Tarikh pergerakan gaji mereka adalah ditetapkan seperti di Lampiran SP.2.1.2(F). 11. Pegawai-pegawai yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dan bidang Sains Am dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.75 dan bergaji melebihi daripada gaji masuk yang nilainya setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari universiti yang diiktiraf pada tarikh kuatkuasa iaitu 1 Januari 1995 adalah tidak tertakluk kepada keputusan ini. 12. Keputusan panel penilaian prestasi mengenai cara pergerakan gaji anggota yang terlibat bagi tahun 1994 hendaklah dilaksanakan dahulu dan disesuaikan dengan tarikh pergerakan gaji baru. 13. Bagi pemegang-pemegang kelayakan Ijazah dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dan Sains Am dari universiti-universiti yang terkeluar daripada senarai lama seperti di Lampiran SP.2.1.2(C) dan telah mendaftar diri di universiti atau kolej berkenaan sebelum tarikh Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1995 dikeluarkan, masih mendapat faedah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1987.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy