Nilai Taraf

 5 CERAIAN SP.2.1.2 NILAI TARAF BAGI KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DAN SAINS KEMASYARAKATAN DAN SAINS AM DARI UNIVERSITIUNIVERSITI DI AMERIKA SYARIKAT TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memaklumkan Nilai Taraf Bagi Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Kemasyarakatan dan Sains Am dari Universitiuniversiti di Amerika Syarikat. LATAR BELAKANG 2. Penetapan nilai taraf bagi kelayakan pengajian di universiti dan kolej di Amerika Syarikat masih lagi menggunapakai prinsip yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 1987. Senarai universiti di bawah Pekeliling berkenaan dan senarai tambahan yang dikeluarkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 1995 masih digunapakai bagi tujuan penetapan nilai taraf bagi pengajian di Amerika Syarikat. Sejajar dengan keputusan Kerajaan pada 14 Disember 2016 untuk membubarkan Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTTPK) dan penetapan fungsi Jawatankuasa tersebut mengenai urusan pengiktirafan kelayakan dilaksanakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA), permohonan pengiktirafan kelayakan bagi maksud lantikan dalam Perkhidmatan Awam bagi kursus-kursus yang dilaksanakan di institusi-institusi pengajian tinggi di Amerika Syarikat yang tidak termasuk dalam senarai yang ditetapkan di bawah Ceraian ini hendaklah dirujuk kepada MQA untuk penentuan akredetasi/pengiktirafan dan penetapan nilai taraf adalah mengguna pakai ketetapan pada Ceraian ini. PELAKSANAAN Definisi 3. Definisi bagi beberapa istilah yang digunakan di dalam Ceraian ini adalah seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy