Dasar Pembangunan Sumber Manusia

 SM.1.1.2 13 Tadbir Urus Pelaksanaan Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya Bagi Pertimbangan Kenaikan Pangkat 5. Beberapa entiti perlu memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya: (a) Panel Pembangunan Sumber Manusia (i) Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) memainkan peranan penting dalam pelaksanaan DPSM di Kementerian seperti di bawah: (A) menubuhkan Pusat Penilaian Potensi di Institut Latihan di bawah Kementerian/Jabatan untuk melaksanakan penilaian bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dari Gred 41 hingga 52; (B) memperakukan pegawai di Kementerian/Jabatan yang memenuhi syarat untuk menjalani Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya sama ada di Pusat Penilaian Potensi Kementerian/Jabatan atau di Pusat Penilaian Potensi Berpusat; (C) menimbang dan mengesahkan keputusan Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya pegawai yang menjalani penilaian di Pusat Penilaian Potensi Kementerian/Jabatan; (D) mengemukakan maklum balas tahap pencapaian atau keputusan Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya kepada setiap pegawai yang dinilai di Pusat Penilaian Potensi Kementerian/Jabatan; dan (E) mengemukakan keputusan Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya pegawai kepada urus setia kenaikan pangkat yang berkaitan. (ii) Keanggotaan Panel Pembangunan Sumber Manusia adalah seperti di Jadual 2 di bawah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy