Dasar Pembangunan Sumber Manusia

 12 CERAIAN SM.1.1.2 PENILAIAN POTENSI KEMAJUAN KERJAYA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya selaras dengan matlamat Dasar Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (DPSM). PELAKSANAAN PENILAIAN POTENSI KEMAJUAN KERJAYA 2. Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya dilaksanakan ke atas pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi, bertujuan untuk menilai dan mengenal pasti pegawai-pegawai kompeten yang boleh dipertimbangkan untuk kemajuan kerjaya. Terdapat dua (2) kategori kemajuan kerjaya iaitu (i) untuk pertimbangan kenaikan pangkat, dan (ii) pertimbangan selain daripada kenaikan pangkat. PENILAIAN POTENSI KEMAJUAN KERJAYA BAGI PERTIMBANGAN KENAIKAN PANGKAT 3. Penilaian bagi laluan kemajuan kerjaya kenaikan pangkat dilaksanakan oleh Pusat Penilaian Potensi (PPP) yang ditubuhkan di Institut-Institut Latihan Awam (ILA) di bawah Kementerian/Jabatan, atau Pusat Penilaian Potensi Berpusat (PPPB) di INTAN, RSOG atau ILA tertentu, bergantung kepada gred pegawai seperti mana di Jadual 1. Jadual 1: Pusat Penilaian Potensi Berdasarkan Gred Pegawai Gred Pegawai Pusat Penilaian Potensi 41 hingga 52 Pusat Penilaian Potensi (Kementerian/Jabatan) 54 dan ke atas Pusat Penilaian Potensi Berpusat (INTAN/RSOG/ILA tertentu) 4. Penilaian yang dilaksanakan terhadap pegawai adalah berteraskan kepada lima (5) atribut Kerangka Kompetensi Kepimpinan Perkhidmatan Awam (KKPA). Penjelasan terperinci KKPA adalah sebagaimana di Lampiran SM.1.1.1 dalam Ceraian SM.1.1.1.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy