Dasar Pembangunan Sumber Manusia

 SM.1.1.2 14 Jadual 2: Panel Pembangunan Sumber Manusia Jawatan Keanggotaan Pengerusi Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan Ahli-Ahli Timbalan Ketua Setiausaha / Timbalan Ketua Jabatan (Panel Pembangunan Sumber Manusia boleh menambah ahlinya atau mengundang mana-mana pegawai yang difikirkan sesuai) Urus Setia Bahagian Sumber mengendalikan Kementerian/Jabatan Manusia pengurusan atau bahagian personel yang di (b) Pusat Penilaian Potensi (i) Pusat Penilaian Potensi (PPP) di Kementerian/Jabatan bertanggungjawab melaksanakan penilaian bagi pegawai Gred 41 hingga 52, manakala Pusat Penilaian Potensi Berpusat (PPPB) melaksanakan penilaian bagi Gred 54 dan ke atas. Untuk melaksanakan tanggungjawab ini, fungsi yang perlu dilaksanakan oleh PPP dan PPPB adalah: (A) menyediakan takwim dan jadual Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya; dan (B) melaksanakan penilaian dan mengemukakan keputusan kepada Panel Pembangunan Sumber Manusia atau urus setia kenaikan pangkat yang berkenaan untuk tindakan lanjut. (ii) Selain tugas di atas, PPPB pula mempunyai tanggungjawab tambahan untuk: (A) membangunkan metodologi penilaian potensi berdasarkan Kerangka Kompetensi Kepimpinan Perkhidmatan Awam (KKPA); (B) melantik panel penilai dan melaksanakan latihan kepada mereka berdasarkan metodologi penilaian yang dibangunkan; dan (C) mengemukakan keputusan kepada pegawai yang dinilai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy