Dasar Pembangunan Sumber Manusia

 SM.1.1.2 15 (c) Pegawai Semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi boleh memohon kepada Panel Pembangunan Sumber Manusia untuk menjalani Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya setelah memenuhi kesemua syarat atau kriteria yang ditetapkan serta mendapat sokongan Ketua Jabatan. PENILAIAN POTENSI KEMAJUAN KERJAYA BAGI PERTIMBANGAN SELAIN DARIPADA KENAIKAN PANGKAT 6. Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya bagi tujuan selain daripada kenaikan pangkat adalah untuk menilai keupayaan pegawai bagi melayakkan untuk dipertimbangkan peluang kemajuan kerjaya yang lebih luas. Pemilihan adalah berdasarkan kriteria dan syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa. PENUTUP 7. Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya adalah aktiviti baharu yang diperkenalkan melalui DPSM. Aktiviti ini menyokong kemajuan kerjaya yang lebih luas bagi pegawai-pegawai yang telah mencapai tahap kompetensi yang sepatutnya. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy