Dasar Pembangunan Sumber Manusia

 SM.1.1.1 11 (b) merancang, memohon dan melibatkan diri dalam program pembangunan kompetensi sekurang-kurangnya 40 jam latihan berbentuk formal dan berstruktur dalam tahun penilaian. Pegawai juga digalakkan untuk melibatkan diri dengan program-program pembangunan diri secara tidak formal yang lain. PENUTUP 16. Pembangunan Kompetensi adalah aktiviti utama yang penting dan perlu diberi perhatian bagi memastikan aktiviti Penilaian Prestasi dan Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Asas bagi Pembangunan Kompetensi adalah Panduan Pembangunan Kompetensi Generik yang merujuk kepada Kerangka Kompetensi Kepimpinan Perkhidmatan Awam (KKPA), serta Kamus Kompetensi Fungsian yang dibangun berpandukan skim perkhidmatan berdasarkan gred perjawatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy