Dasar Pembangunan Sumber Manusia

 SM.1.1.1 10 TADBIR URUS PELAKSANAAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI 12. Untuk melaksanakan Pembangunan Kompetensi secara berkesan, setiap individu pegawai, Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan, dan Panel Pembangunan Sumber Manusia di Kementerian/Jabatan mempunyai peranan masing-masing seperti berikut: 13. Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) (a) membangunkan atau menyediakan Kamus Kompetensi Fungsian bagi semua skim perkhidmatan berdasarkan gred perjawatan di bawah Kementerian/Jabatan; (b) menyediakan modul pembangunan yang berasaskan kepada Kamus Kompetensi Fungsian dengan menggunakan pendekatan yang pelbagai termasuk pendekatan 3P; dan (c) merancang dan melaksanakan program-program pembangunan bagi Kompetensi Fungsian. 14. Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan (a) memastikan Kamus Kompetensi Fungsian tersedia bagi setiap skim perkhidmatan berdasarkan gred perjawatan; (b) memastikan setiap pegawai terlibat sekurang-kurangnya 40 jam latihan berbentuk formal dan berstruktur dalam tahun penilaian; dan (c) menyediakan peruntukan tahunan sekurang-kurangnya satu peratus (1.0%) daripada peruntukan emolumen untuk tujuan latihan anjuran Kementerian/Jabatan. 15. Pegawai (a) mengenal pasti Kompetensi Generik berdasarkan Kerangka Kompetensi Kepimpinan Perkhidmatan Awam (KKPA) dan Kompetensi Fungsian yang dibangunkan oleh Ketua Jabatan mengikut gred dan jawatan semasa atau berdasarkan maklum balas Penilaian Prestasi; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy