Dasar Pembangunan Sumber Manusia

 1-1 LAMPIRAN SM.1.1.1 KERANGKA KOMPETENSI KEPIMPINAN PERKHIDMATAN AWAM (KKPA) 1. Kerangka Kompetensi Kepimpinan Perkhidmatan Awam (KKPA) disediakan sebagai rujukan untuk pegawai melengkapkan kompetensi masing-masing bagi memenuhi cabaran dan persekitaran yang sentiasa berubah. KKPA juga membantu pengurus sumber manusia merancang program-program pembangunan sumber manusia di Kementerian/Jabatan masing-masing. 2. Kerangka KKPA mempunyai dimensi pelbagai hala (Rajah 1). Dimensi yang paling utama ialah lima (5) atribut kepimpinan masa hadapan iaitu autentik, tangkas dan adaptif, strategik, keterampilan eksekutif dan transformatif. Semua pegawai perlu memiliki tahap yang baik dalam kelima-lima atribut ini, bergantung kepada gred jawatan yang disandang. 3. Setiap satu daripada lima (5) atribut terbahagi kepada empat (4) elemen kepimpinan iaitu fikir (think), pimpin (lead), bicara (speak) dan bertindak (act). Persilangan antara lima (5) atribut dan empat (4) elemen kepimpinan ini adalah penjelasan kompetensi yang khusus bagi gred berkenaan. Indikator Taksonomi Bloom juga merupakan dimensi dalam KKPA. Perincian kompetensi ini seperti Jadual 1.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy