Dasar Pembangunan Sumber Manusia

 SM.1.1.1 9 Jadual 1: Program Pembelajaran Bil. Kaedah Pembelajaran Penjelasan 1. Coaching (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010) Program berfokuskan peningkatan kemahiran dan kompetensi kerja yang bersifat jangka pendek. 2. Mentoring (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010) Program ini adalah proses latihan dan pembelajaran interaktif berterusan antara mentor dan menti di mana menti menerima pandangan, nasihat, perkongsian pengalaman dan bimbingan khusus daripada mentor. 3. Program Pembimbing Rakan Sekerja (AKRAB)/ Buddy System (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005) Program ini berkonsepkan rakan membantu rakan dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban, keharmonian dan saling menghormati potensi masing-masing Pendekatan Pengalaman 11. Pendekatan pembelajaran berdasarkan pengalaman atau on the job training merujuk kepada pembangunan diri hasil daripada pengalaman pegawai di tempat kerja. Antara intervensi yang boleh dilaksanakan untuk tujuan ini adalah seperti penugasan khas, pengalaman bertugas di pelbagai unit atau cawangan berlainan dan melaksanakan bidang tugas berbeza seperti kewangan, pengurusan sumber manusia dan lain-lain.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy