Pencen

 1-12 6.4 Mengemukakan Permohonan Pencen Hilangupaya atau Pencen Tanggungan Bakal pesara adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan surat permohonan pencen hilang upaya melalui Ketua Jabatan sekiranya ada kaitan dengan persaraannya. Bagi pencen tanggungan pula, orang tanggungan adalah dikehendaki mengemukakan surat permohonan melalui Ketua Jabatan gemulah untuk pertimbangan pembayaran pencen tanggungan oleh JPA sekiranya memenuhi syarat di bawah undangundang pencen. 7. Tanggungjawab JPA dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)(KWAP) Mulai 1 November 2015, Kerajaan melalui JPA, telah melantik KWAP sebagai agen bagi menguruskan hal ehwal persaraan bagi Kerajaan Malaysia. Susulan daripada keputusan Kerajaan tersebut, sebahagian urusan pengoperasian pengurusan pencen yang dahulunya dilaksanakan oleh JPA telah dipindahkan ke KWAP. Tanggungjawab JPA dan KWAP adalah seperti berikut: 7.1 Tanggungjawab JPA (i) Memberi Taraf Pekerja Berpencen JPA bertanggungjawab memberi pertimbangan ke atas perakuan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) kepada pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Seksyen 6 Akta 239. (ii) Melulus Percantuman Perkhidmatan Lepas (PPL) JPA bertanggungjawab memberi pertimbangan ke atas permohonan percantuman perkhidmatan lepas yang dikemukakan oleh anggota di bawah undang-undang pencen. (iii) Meluluskan permohonan persaraan dan faedah di bawah Undang-undang Pencen JPA bertanggungjawab meluluskan permohonan persaraan dan permohonan faedah di bawah Undang-undang Pencen kepada bakal pesara yang layak.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy