Pencen

 1-13 7.2 Tanggungjawab KWAP (i) Memproses dan Membayar Faedah KWAP bertanggungjawab untuk memproses permohonan persaraan dan permohonan faedah di bawah Undang-undang Pencen yang diterima daripada Jabatan Mengurus. Seterusnya KWAP akan membuat pembayaran kepada pesara yang diluluskan faedah di bawah Undang-undang Pencen oleh JPA. (ii) Menghitung Semula Faedah KWAP bertanggungjawab untuk menghitung semula faedah yang telah dibayar sekiranya berlaku perubahan tempoh perkhidmatan yang dimasukira dan / atau perubahan gaji yang akhir diterima sepertimana dimaklumkan oleh Jabatan Mengurus. 7.3 Tanggungjawab JPA dan KWAP (i) Menentukan Prosedur Pembayaran JPA dan KWAP bertanggungjawab untuk menentukan prosedur pembayaran faedah, termasuk kutipan baki hutang Kerajaan daripada pesara atau penerima pencen. Cara pembayaran faedah yang mengambilkira keadaan penerimanya ialah seperti di Jadual 4. Jadual 4 Cara Pembayaran Faedah Bil. Jenis Faedah Cara Pembayaran a. Pencen/Pencen Terbitan/ Elaun Bersara/Elaun bersara Terbitan/Pencen Hilangupaya/Pencen Tanggungan. Electronic Funds Transfer (EFT)/Kredit terus/Waran. b. Ganjaran / Ganjaran Terbitan. EFT/Cek/kredit terus. c. Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat. EFT/Cek.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy