Pencen

 1-11 Jadual 3 Tempoh Mengemukakan Borang Dan Dokumen Bagi Urusan Selainnya Bil. Jenis Urusan Tempoh Mengemukakan Borang dan Dokumen a. Permohonan elaun bersara dan ganjaran bagi pegawai sementara. Sama seperti di Jadual 2 mengikut jenis persaraan. b. Pemohonan pencen hilang upaya. Sebaik sahaja diterima permohonan pesara dan bukti bertulis yang melayakkan pemberian pencen hilangupaya. c. Permohonan faedah terbitan dan pencen tanggungan. Sebaik sahaja diterima bukti bertulis kematian anggota. d. Pernohonan wang tunai gantian cuti rehat. Dikemukakan bersama pernohonan persaraan dan pencen seperti di Jadual 2. 6. Tanggungjawab Bakal Pesara dan Orang Tanggungan Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan bakal pesara dan orang tanggungan mengenai tanggungjawab mereka seperti berikut: 6.1 Memberi Kerjasama Melengkapkan Borang dan Dokumen Bakal pesara atau orang tanggungan (bagi kes kematian anggota/pesara) adalah bertanggungjawab memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Jabatan dalam melengkapkan segala butiran di dalam borang serta mengemukakan dokumen persaraan yang diperlukan. 6.2 Menyemak dan Mengesahkan Maklumat Bakal pesara bertanggungjawab untuk menyemak dan mengesahkan bahawa semua maklumat yang dikemukakan ke JPA adalah betul,tepat, terkini dan lengkap. 6.3 Menyelesai hutang Kerajaan Menyelesaikan hutang-hutang Kerajaan selain daripada pinjaman perumahan dan caruman KWSP syer Kerajaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy