Pencen

 1-1 BAHAGIAN I PENDAHULUAN Tujuan 1. Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan prosedur yang perlu diikuti oleh Jabatan Mengurus/ bakal pesara/ waris dalam urusan persaraan dan pencendi bawah undang-undang pencen yang sedang berkuat kuasa bagi anggota yang akan bersara atau yang mati dalam perkhidmatan serta pesara yang mati dalam persaraan. Tafsiran 2. Untuk maksud Panduan ini: “agensi awam” ertinya Kementerian (Persekutuan dan Negeri), Jabatan (Persekutuan dan Negeri), Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan; “Akta 227” ertinya Akta Pencen 1980; “Akta 239” ertinya Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980; “anak” ertinya anak seorang anggota — (i) iaitu anak yang di bawah umur 21 tahun dan termasuk — (a) anak yang lahir selepas kematian anggota itu, anak tiri tanggungan dan anak tak sah taraf anggota itu; dan (b) anak yang diambil sebagai anak angkat oleh anggota itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu. (ii) iaitu anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri dengan syarat anak itu

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy