Pencen

 1-2 adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun; “anggota” ertinya pegawai perkhidmatan awam Persekutuan atau Negeri atau pekerja Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan; “anggota berpencen” ertinya — (i) seseorang pegawai yang telah diberi taraf sebagai seorang pegawai berpencen di bawah Seksyen 7 Akta 227 atau yang disifatkan sebagai seorang pegawai berpencen di bawah Seksyen 8 Akta 227; atau (ii) seseorang pekerja yang telah diberi taraf sebagai pekerja berpencen di bawah Seksyen 6 Akta 239 atau yang disifatkan sebagai seorang pekerja berpencen di bawah Seksyen 7 Akta 239; “gaji akhir” ertinya gaji hakiki bulanan yang akhir diterima dan termasuklah apa-apa elaun berpencen; “gemulah” ertinya seseorang anggota yang mati dalam perkhidmatan atau pesara yang mati dalam persaraan; “Jabatan Mengurus” ertinya agensi awam atau pertubuhan yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal persaraan dan pencen anggota; "Ketua Jabatan" ertinya anggota yang mengetuai sesebuah agensi awam atau pertubuhan di peringkat ibu pejabat, iaitu Ketua Perkhidmatan, Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Ketua Eksekutif atau mana-mana anggota yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihaknya; “peraturan-peraturan pencen” ertinya Peraturan-Peraturan Pencen 1980 yang dibuat di bawah Seksyen 5 Akta 227 dan Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990 yang dibuat di bawah Seksyen 28 Akta 239; “perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah PU(A) 176/80 dan PU(A) 134/90;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy