Pencen

 13 CERAIAN PP.1.2.1 PENGURUSAN PERSARAAN, PENAMATAN PERKHIDMATAN DAN PENCEN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menguatkuasakan pemakaian Panduan Pengurusan Persaraan, Penamatan Perkhidmatan dan Pencen seperti Lampiran PP.1.2.1 (selepas ini disebut Panduan) untuk menggantikan panduan dan prosedur yang sedang berkuat kuasa bagi pengurusan persaraan, penamatan perkhidmatan dan pemberian faedah di bawah undang-undang pencen kepada anggota agensi awam serta orang tanggungan mereka. LATAR BELAKANG 2. Persaraan, pemberian faedah persaraan dan pemberian faedah berhubung dengan kematian anggota/pesara adalah diperuntukkan di bawah Akta Pencen 1980 [Akta 227] bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan atau Negeri dan di bawah Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan. Pada masa ini prosedur yang diikuti oleh Jabatan Mengurus adalah termaktub di dalam pekeliling perkhidmatan, surat pekeliling perkhidmatan dan surat edaran yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari semasa ke semasa. 3. Untuk mempertingkatkan keberkesanan pentadbiran persaraan dan pencen, JPA telah mengambil langkah ke arah pengintegrasian dan pengkomputeran keseluruhan aliran kerja. Pelaksanaan sistem pentadbiran persaraan dan pencen yang baru ini melibatkan pembaharuan prosedur, meliputi perubahan borang dan aliran kerja yang perlu dipatuhi oleh Jabatan Mengurus. PELAKSANAAN Tanggungjawab Ketua Jabatan 4. Dengan berkuat kuasa Ceraian ini, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab mematuhi prosedur yang dijelaskan dalam Panduan ini bagi semua urusan persaraan dan pencen. Perhatian khusus hendaklah diberi kepada perkara yang berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy