Pencen

 14 PP.1.2.1 (i) setiap permohonan atau urusan hendaklah disertakan dengan borang dan dokumen sokongan yang lengkap seperti yang ditetapkan kerana permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan dan boleh menyebabkan kelewatan urusan persaraan bakal pesara; (ii) setiap permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan; (iii) maklumat yang diisi ke dalam borang hendaklah betul, lengkap, terkini dan konsisten dengan maklumat di dalam dokumen sokongan dan, jika terdapat perbezaan di antara kedua-dua maklumat, JPA/ Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)(KWAP) hendaklah dimaklumkan berserta dengan penjelasan; (iv) Jabatan Mengurus hendaklah memaklumkan dengan serta-merta sekiranya terdapat perubahan status bakal pesara, contohnya kenaikan pangkat atau pelarasan gaji, walaupun ia berlaku selepas permohonan dikemukakan kepada JPA/KWAP; dan (v) sebarang surat-menyurat di antara Jabatan Mengurus dengan JPA/KWAP hendaklah dihantar sesalinan kepada bakal pesara atau tanggungan bagi anggota yang meninggal dunia dalam perkhidmatan. PEMBATALAN 5. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2003: Panduan Urusan Persaraan Pencen adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 6. Ceraian ini meliputi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri serta pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy