Pencen

 PP.1.1.2 10 4. Opsyen semula kepada anggota awam di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2008 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2009 adalah muktamad pada 1 Februari 2009 dan teratur sehingga ke hari ini. Semua anggota awam yang telah memilih Skim Pencen adalah tertakluk kepada undang- undang pencen serta Perintah Am, peraturan perkhidmatan, skim perkhidmatan, pekeliling perkhidmatan, surat pekeliling perkhidmatan dan arahan-arahan lain berkaitannya yang berkuat kuasa sehubungan dengan pemberian pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain. PELAKSANAAN Tawaran Opsyen 5. Sebelum seseorang pegawai diperakukan untuk pengesahan dalam jawatan, pegawai hendaklah membuat pilihan sama ada memilih Skim Pencen atau Skim KWSP dan mengemukakan borang opsyen seperti di Lampiran PP.1.1.2(A) atau Lampiran PP.1.1.2(B), mana yang berkenaan, kepada Ketua Jabatan bersama-sama dengan perakuan pengesahan dalam jawatan. 6. Surat pengesahan dalam jawatan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Melantik hendaklah menyatakan opsyen yang telah dibuat oleh pegawai berkenaan. Selepas seseorang pegawai disahkan dalam jawatan, Ketua Jabatan hendaklah mencatat dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan mengenai opsyen yang telah dibuat oleh pegawai berkenaan. Opsyen yang telah dibuat adalah MUKTAMAD. Tanggungjawab Ketua Jabatan 7. Ketua Jabatan hendaklah: (i) memberikan penjelasan mengenai perbandingan antara Skim KWSP dan Skim Pencen serta faedah-faedah lain sebelum pekerja membuat pilihan opsyen; (ii) menyimpan sesalinan Borang Opsyen pekerja dalam fail peribadinya; (iii) merekodkan pilihan opsyen pekerja dalam Buku Perkhidmatan dengan mencatatkan maklumat seperti berikut;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy