Pencen

 PP.1.1.2 11 Telah memilih pencen, ganjaran atau faedah•faedah lain dan tertakluk kepada Akta Pencen 1980 [Akta 227] dibaca bersama•sama Akta Pencen (Pindaan) (No. 2) 2008 / Akta Pencen Pihak•Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] dibaca bersama Akta Pencen Pihak•Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan)(No. 2) 2008*, tertakluk kepada semua peruntukan Akta Pindaan tersebut. (ATAU) Telah memilih untuk kekal di bawah Skim KWSP dan tertakluk kepada Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [Akta 452].” Tandatangan pihak yang mengesahkan, jawatannya dan tarikh pengesahan Pemberian Taraf Berpencen 8. Pemberian Taraf Berpencen bagi anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Melantik manakala bagi anggota awam badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Pencen sepertimana Seksyen 2 Akta 239. Perakuan pemberian taraf berpencen kepada pekerja yang memilih Skim Pencen hendaklah mengikut prosedur yang sedang berkuat kuasa. Borang Opsyen pekerja tersebut hendaklah dilampirkan semasa perakuan pemberian taraf berpencen. 9. Bagi memenuhi syarat pemberian taraf berpencen seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 6 Akta 239, tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira adalah mulai tarikh pelantikan pertama pekerja dalam perkhidmatan, tertakluk kepada syarat-syarat mengenai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah undang-undang pencen.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy