Pencen

 9 CERAIAN PP.1.1.2 TAWARAN OPSYEN SKIM PENCEN ATAU SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) KEPADA PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan syarat dan menetapkan prosedur bagi melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan pemberian opsyen kepada anggota tetap sektor awam (iaitu pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri serta pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan) yang baru dilantik ke perkhidmatan awam, sama ada memilih Skim Pencen atau Skim KWSP. LATAR BELAKANG 2. Seksyen 6A(1) Akta 227 dan Seksyen 6A(1) Akta 239 memberi peluang kepada anggota yang pertama kali dilantik pada atau selepas 12 April 1991 memilih Skim KWSP sebelum mereka disahkan dalam perkhidmatan seperti berikut: ‘6A(1) Seseorang pegawai yang dilantik pada atau selepas mula berkuatkuasanya seksyen ini hendaklah, sebelum disahkan dalam jawatannya, berhak untuk memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.’ Subseksyen (3) di bawah seksyen yang sama pula menetapkan bahawa opsyen tersebut adalah menjadi muktamad apabila ia berkuat kuasa pada tarikh pengesahan dalam perkhidmatan anggota. Penawaran opsyen Skim Pencen atau KWSP mula berkuatkuasa melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1991. 3. Seksyen 6A Akta 227 dan Seksyen 6A Akta 239 telah dipinda bagi membolehkan opsyen semula diberikan kepada anggota yang telah memilih Skim KWSP. Tawaran opsyen semula ini telah dikuatkuasakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2008 kepada anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2009 kepada Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy