Pencen

 PP.1.1.1 6 PELAKSANAAN Anggota Yang Layak Membuat Opsyen 6. Apabila Kerajaan memutuskan umur persaraan wajib perkhidmatan awam dipinda, anggota tetap yang sedang berkhidmat hendaklah diberikan opsyen untuk memilih umur persaraan wajib mereka. Anggota tetap yang dimaksudkan adalah termasuk anggota yang sedang: (i) dalam tempoh percubaan; (ii) dipinjamkan; (iii) dalam pertukaran sementara; (iv) bercuti tanpa gaji; (v) bercuti belajar atau berkursus; (vi) dalam tindakan tatatertib yang belum berkeputusan muktamad anggota itu dibuang kerja; (vii) tertakluk sama ada kepada Skim Pencen atau Skim KWSP; dan (viii) berkhidmat di agensi Kerajaan berasaskan Sistem Saraan yang diasingkan dan pemberian faedah persaraannya adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 6B, 6C dan 6D, atau 6E, 6F dan 6G Akta 239. Tawaran Opsyen 7. Tawaran opsyen umur bersara wajib telah diberikan kepada anggota yang layak apabila berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 2001 (55 tahun kepada 56 tahun), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008 (56 tahun kepada 58 tahun) dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011 (58 tahun kepada 60 tahun). Pada masa berkuatkuasa Pekeliling Perkhidmatan tersebut, Ketua Jabatan telah mengedarkan borang opsyen kepada setiap anggota yang layak diberi opsyen termasuk anggota yang bercuti tanpa gaji atau berkursus. 8. Anggota yang tidak membuat pilihan opsyen atau tidak menyerahkan borang opsyen pada masa pekeliling perkhidmatan tersebut berkuatkuasa atau yang membuat opsyen dengan bantahan atau syarat tambahan disifatkan sebagaimemilih untuk kekal dengan opsyen terdahulunya. Opsyen adalah muktamad.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy