Pencen

 PP.1.1.1 7 Merekod Opsyen Anggota Dalam Rekod Perkhidmatan 9. Ketua Jabatan bertanggungjawab mencatatkan ke dalam Rekod Perkhidmatan anggota maklumat seperti berikut: Opsyen Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011 atau Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2011 atau Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2011 “Telah memilih untuk bersara wajib apabila mencapai umur *55/56/58/60 tahun, mengikut Akta Pencen 1980 [Akta 227] / Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239], tertakluk kepada semua peruntukan Akta Pindaan tersebut” Tandatangan pihak yang mengesahkan, jawatannya dan tarikh pengesahan *Potong mana yang tidak berkenaan. PEMBATALAN 10. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan seperti di bawah adalah dibatalkan: i. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 2001: Tawaran Opsyen Pelanjutan Umur Persaraan Wajib Daripada 55 Tahun Kepada 56 Tahun; ii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008: Tawaran Opsyen Pelanjutan Umur Persaraan Wajib Kepada 58 Tahun; iii. Perenggan 68, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011: Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan; iv. Perenggan 46, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2011 (Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Kumpulan Premier dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi); dan v. Perenggan 92, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2011 (Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy