Pencen

 1-1 LAMPIRAN I Senarai Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran Yang Dibatalkan Bil Tema PP/SPP/SE Yang Dibatalkan 1. Kelayakan Faedah Persaraan i. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2001: Tawaran Opsyen Pelanjutan Umur Persaraan Wajib Daripada 55 Tahun Kepada 56 Tahun; ii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008: Tawaran Opsyen Pelanjutan Umur Persaraan Wajib Kepada 58 Tahun; iii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2008: Tawaran Opsyen Semula Kepada Anggota Yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja; iv. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2009: Tawaran Opsyen Semula Kepada Pekerja Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan Yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Melalui Pekeliling Perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkenaan Pada Tahun 1977/1978; v. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1991: Tawaran Opsyen Skim Pencen Atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); vi. Perenggan 68, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011: Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam; vii. Perenggan 46, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2011: Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Kumpulan Premier dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi; dan viii. Perenggan 92, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2011: Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy