Pencen

 71 PP.1.3.4 11. Pegawai yang memohon pemberian awal award wang tunai GCR hendaklah melengkapkan borang permohonan seperti di Lampiran PP.1.3.4(B) dan mengemukakan borang tersebut berserta dokumen sokongan yang ditetapkan kepada Ketua Jabatan. 12. Ketua Jabatan hendaklah— (a) menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR yang boleh dimuat turun daripada portal www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan GCR yang tepat bagi pemberian awal award wang tunai GCR; (b) memastikan pengumpulan GCR yang dibuat sepanjang tahun perkhidmatan pegawai adalah betul dan teratur sebagaimana kehendak peraturan yang berkuat kuasa; (c) memastikan bukti pengumpulan GCR dicatatkan dan disahkan oleh pegawai sumber manusia bagi kenyataan cuti dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (“BPK”) pegawai; (d) memastikan GCR yang dikumpul oleh pegawai hendaklah sekurangkurangnya sembilan puluh (90) hari; (e) mengemukakan permohonan pemberian awal award wang tunai GCR bersekali dengan salinan BPK, salinan Kenyataan Cuti pegawai dan Borang JPA.BP.UMUM.B02.Pin seperti di Lampiran PP.1.3.1(C) yang telah disahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (“JPA”); (f) merekodkan kelulusan permohonan pemberian awal award wang tunai GCR dalam BPK pegawai setelah mendapat kelulusan daripada JPA seperti yang berikut: “Pegawai telah diluluskan permohonan pemberian awal award wang tunai GCR pada …………………………… (nyatakan tarikh kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)) berjumlah RM ……………….”; dan (g) membuat pembayaran melalui akaun bank bayaran gaji pegawai setelah mendapat kelulusan daripada JPA.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy