Pencen

 70 PP.1.3.4 Syarat-Syarat dan Tatacara Pemberian Awal Award Wang Tunai GCR 7. Syarat-syarat permohonan pemberian awal award wang tunai GCR oleh pegawai adalah seperti yang berikut: (a) tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada lima belas (15) tahun, tertakluk kepada peraturan 5, 6 dan 7 Peraturan-Peraturan Pencen 1980; (b) telah mencapai umur empat puluh lima (45) tahun, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2002: Dokumen Tarikh Lahir Pegawai Awam; (c) jumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan pemberian awal award wang tunai GCR hendaklah sekurang-kurangnya sembilan puluh (90) hari; (d) bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib; dan (e) mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan. 8. Formula pengiraan pemberian awal award wang tunai GCR adalah seperti yang berikut: 1/30 X gaji semasa yang diterima X 90 hari 9. Jumlah maksimum pengumpulan GCR yang boleh dibayar award wang tunai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah seratus lapan puluh (180) hari sahaja. Jumlah tersebut adalah termasuk sembilan puluh (90) hari yang dibayar menurut peraturan 21B Peraturan-Peraturan Pencen 1980 dan Ceraian ini. Contoh pengumpulan GCR, pemberian awal award wang tunai GCR, pembayaran GCR dan penukaran GCR kepada cuti rehat pada tahun persaraan adalah seperti di Lampiran PP.1.3.4(A-1), Lampiran PP.1.3.4(A-2) dan Lampiran PP.1.3.4(A-3). 10. Pemberian awal award wang tunai GCR hanya boleh dibuat SEKALI sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy