Pencen

 72 PP.1.3.4 13. Semua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada JPA ke alamat yang berikut: Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam Aras 5, Blok C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 Wilayah Persekutuan PUTRAJAYA 14. Status permohonan pemberian awal award wang tunai GCR akan dimaklumkan kepada Ketua Jabatan. Carta alir proses kerja pemberian awal award wang tunai GCR seperti di Lampiran PP.1.3.4(C). 15. Keputusan pemberian awal award wang tunai GCR adalah muktamad. Sekiranya pegawai didapati tidak memenuhi mana-mana syarat permohonan pemberian awal award wang tunai GCR sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan 21B Peraturan-Peraturan Pencen 1980 dan perenggan 7 di atas, maka apa-apa kelulusan yang diberikan adalah terbatal. PEMAKAIAN 16. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, pemakaian peruntukan Ceraian ini dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Ketua Jabatan pihak berkuasa berkenaan yang menerima pakai Ceraian ini hendaklah mempertimbangkan permohonan yang diterima dan membuat pembayaran pemberian awal award wang tunai GCR bagi pegawai masing-masing. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy