Pencen

 69 PP.1.3.4 Dasar Baharu 5. Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pemberian awal award wang tunai GCR mulai 1 Januari 2022 mengambil kira keperluan kewangan pegawai. Perkara ini telah diperuntukkan dalam peraturan 21B Peraturan-Peraturan Pencen 1980. PELAKSANAAN Tafsiran 6. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “pegawai” ertinya seseorang pegawai perkhidmatan awam Persekutuan— (a) yang telah diberikan taraf sebagai seorang pegawai berpencen menurut seksyen 7 atau yang disifatkan sebagai pegawai berpencen menurut seksyen 8 Akta Pencen 1980 [Akta 227]; dan (b) yang telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menurut seksyen 6A Akta 227; “Ketua Jabatan” ertinya Ketua Setiausaha kepada Kementerian/ Ketua Pengarah kepada Jabatan/ Setiausaha Kerajaan Negeri termasuk Ketua Pejabat setempat, yayasan atau cawangan kecil yang telah diberi kuasa oleh Ketua Setiausaha kepada Kementerian/ Ketua Pengarah kepada Jabatan/ Ketua sesuatu Perkhidmatan, mengikut mana yang berkenaan; “tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya perkhidmatan yang boleh dimasuk kira tertakluk kepada peraturan 5, 6 dan 7 Peraturan-Peraturan Pencen 1980; “gaji semasa yang diterima” ertinya gaji hakiki bulanan semasa yang diterima termasuk apa-apa elaun, imbuhan tetap atau unsur lain yang ditentukan oleh Kerajaan mulai 1 Ogos 1993 yang boleh diambil kira bagi maksud pembayaran award wang tunai, tetapi tidak termasuk elaun berpencen; dan “cuti rehat” ertinya cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy