Pencen

 68 CERAIAN PP.1.3.4 PEMBERIAN AWAL AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memberi panduan mengenai urusan pemberian awal award wang tunai gantian cuti rehat (“GCR”) kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. GCR merupakan salah satu daripada faedah persaraan yang diberikan kepada pegawai yang memilih Skim Pencen seperti yang diperuntukkan di bawah peraturan 21 dan 21A Peraturan-Peraturan Pencen 1980 [P.U. (A) 176/1980] (“PeraturanPeraturan Pencen 1980”). 3. Peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan pengurusan GCR adalah seperti yang berikut: (a) Ceraian PP.1.3.1: Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR); (b) Ceraian PP.1.3.2: Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Kepada Pegawai Yang Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); (c) Ceraian SR.5.1.5: Kemudahan Cuti Rehat Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; dan (d) Ceraian PP.1.3.3: Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 180 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan 4. Peraturan-peraturan yang dinyatakan dalam perenggan 3 telah menjelaskan prinsip dan prosedur yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan pengurusan GCR manakala peraturan dalam Ceraian PP.1.3.3: Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 180 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan telah menjelaskan bahawa GCR melebihi had maksimum yang telah ditetapkan boleh digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy