Pencen

 45 CERAIAN PP.1.2.9 TANGGUNGJAWAB MENYELESAIKAN HUTANG KEPADA KERAJAAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan tanggungjawab menyelesaikan hutang kepada Kerajaan melalui potongan daripada faedah persaraan yang diberi di bawah Akta Pencen 1980 [Akta 227] atau Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan [Akta 239]. LATAR BELAKANG 2. Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (BP, JPA) diberi kuasa untuk mengutip hutang-hutang kerajaan dari faedah persaraan pesara sama ada dari ganjaran, pencen ataupun Gantian Cuti Rehat (GCR). Ia termaktub dalam Seksyen 19, Akta 227 atau Seksyen 21, Akta 239 yang kedua-duanya menyatakan “Apa-apa pencen, ganjaran atau lain-lain faedah yang diberi di bawah Akta ini tidak boleh diserahak atau dipindahmilik, atau ditahan, diasingkan atau dilevi mengenai sesuatu tuntutan kecuali bagi maksud: (a) menjelaskan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau sesuatu Pihak berkuasa Berkanun atau Tempatan.” PELAKSANAAN Tanggungjawab Penjawat Awam 3. Semua penjawat awam bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang piutang kepada Kerajaan sebelum persaraan daripada perkhidmatan awam. 4. Walau bagaimanapun, bagi pinjaman perumahan, cara bayaran balik baki pinjaman perumahan dan kadar potongan baginya adalah berasaskan persetujuan bersama dalam perjanjian pinjaman dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP)/ Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) atau agensi-agensi lain yang memberi pinjaman. Jabatan ini akan mematuhi arahan daripada agensi yang memberi pinjaman berasaskan peruntukan di dalam perjanjian dan tidak akan membuat sebarang perubahan kepada arahan tersebut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy