Pencen

 PP.1.2.9 46 Tanggungjawab Kementerian/ Jabatan/ Agensi 5. Bahagian/ unit yang menguruskan sumber manusia (PSM) dan persaraan di semua agensi hendaklah memastikan semua hutang kepada Kerajaan dicatat dengan lengkap dan tepat pada Borang Sijil Akuan Berhutang/Tidak Berhutang (JPA.BP.UMUM.B01) sebelum menghantar permohonan persaraan untuk dipotong daripada faedah persaraan anggotanya. Dalam hal ini, arahan di atas apabila dipatuhi akan membantu Kementerian/ Jabatan mengurangkan akaun belum terima (ABT). 6. Surat Edaran Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS di Kementerian/ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)/ Jabatan dan Agensi oleh Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui surat bilangan JPA.BPM 146/8/13-1 Klt. 2(9) bertarikh 16 Februari 2016 menyatakan Modul Penamatan Perkhidmatan melalui HRMIS bagi urusan Persaraan Wajib, Persaraan Pilihan dan Kematian Dalam perkhidmatan akan dinilai di dalam bentuk KPI HRMIS bagi tahun 2016. 7. Bagi memastikan hutang-hutang Kerajaan dapat dipotong dari faedah persaraan, Kementerian/ Jabatan/ Agensi hendaklah mencatatkan semua hutang kerajaan yang hendak dikutip di dalam Borang Sijil Akuan Berhutang/Tidak Berhutang (JPA.BP.UMUM.B01) dan dikemukakan ke BP JPA tidak lewat dari 3 bulan sebelum tarikh persaraan (bagi kes persaraan wajib dan persaraan pilihan). 8. Bagi kes penswastaan, Borang Sijil Akuan Berhutang/Tidak Berhutang (JPA.BP.UMUM.B01) hendaklah dikemukakan ke BP JPA dengan kadar segera sebelum ganjaran/GCR dibayar. Jika Borang Sijil Akuan Berhutang/Tidak Berhutang (JPA.BP.UMUM.B01) diterima selepas ganjaran/GCR dibayar maka Kementerian/ Jabatan/Agensi hendaklah berurusan terus dengan pesara berkenaan untuk mendapatkan semula hutang kerajaan yang tidak dapat dikutip oleh BP JPA. 9. Bagi Kes Kematian Dalam Perkhidmatan, BP JPA akan membuat potongan dari ganjaran terbitan hanya bagi hutang KWSP syir Kerajaan (yang telah dikeluarkan) sahaja iaitu seperti yang termaktub dalam Peraturan 10, Peraturan-peraturan 1980 dan Peraturan 10, Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990. Jika gemulah mempunyai hutang Kerajaan selain daripada KWSP syir Kerajaan (yang telah dikeluarkan), potongan bagi hutang-hutang tersebut tidak akan dibuat daripada faedah terbitan yang akan dibayar kepada penerima-penerima yang layak. Ini adalah kerana pencen/ganjaran terbitan yang dibayar adalah menjadi hak

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy