Pencen

 PP.1.2.8 44 juga sebaliknya. Sekiranya tiada waris-waris yang layak di Perenggan 10, tiada pemberian ex-gratia kematian akan dibayar. 11. Jika ex-gratia kematian diberikan kepada mana-mana waris yang layak mengikut prinsip bayaran yang ditetapkan, dan kemudiannya seorang atau lebih orang-orang yang layak membuat tuntutan untuk pemberian ex-gratia kematian tersebut, pemberian ex-gratia kematian yang telah dibuat sebelum tarikh tuntutan waris yang baru hendaklah disifatkan menjadi sah dan dibuat oleh Kerajaan dengan sempurna. 12. Dalam hal berlakunya pertikaian (dispute) terhadap pemberian ex-gratia kematian, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berhak untuk menentukan pihak yang sepatutnya diberi ex-gratia kematian dan kadarnya. Penentuan ini adalah muktamad. KEKECUALIAN 13. Ex-gratia kematian ini tidak dipanjangkan kepada anggota yang diasingkan saraan di bawah Seksyen 6B, 6C, 6D, 6E, 6F dan 6G Akta Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239], pekerja badan berkanun yang dilantik selepas pengasingan sistem saraan dan anggota yang dilantik di bawah Jawatan Berasaskan Caruman (JBC). PEMBATALAN 14. Dengan berkuatkuasnya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2019: Pemberian Ex-Gratia Kematian Sekaligus Kepada Waris Yang Layak Bagi Anggota Yang Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 15. Ceraian ini terpakai kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri serta pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy