Pencen

 PP.1.2.8 43 Jadual 1: Jumlah Pemberian Ex-Gratia Kematian Kepada Waris Yang Layak Tempoh Perkhidmatan (Bulan) Pembayaran Ex-Gratia Kematian (RM) ≤ 60 150,000 61 - 120 100,000 121 - 180 75,000 181 - 240 50,000 ≥ 241 Tiada Walau bagaimanapun, ex-gratia kematian ini tidak diberikan kepada kes-kes kematian yang disahkan akibat daripada membunuh diri. 8. Pemberian ini tertakluk kepada apa-apa potongan ke atas hutang anggota kepada Kerajaan yang meninggal dunia tersebut. Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (selepas ini disebut “Jabatan ini”) bertanggungjawab meluluskan dan membayar ex-gratia kematian ini. Bagi anggota yang berpencen, pemberian ex-gratia kematian ini akan diuruskan bersekali dengan permohonan Faedah Terbitan yang dikemukakan oleh Jabatan akhir anggota. 9. Bagi kes kematian dalam perkhidmatan anggota yang memilih Skim KWSP atau anggota yang masih belum disahkan jawatan, jabatan perlu menguruskan permohonan ex-gratia kematian tersebut dengan mengemukakan borang Permohonan Ex-Gratia Kematian Bagi Kematian Dalam Perkhidmatan (Borang JPA.BP.SPT.B01f) dan Sijil Akuan Berhutang (Borang JPA.BP.2) setelah diisi dengan lengkap oleh waris yang memohon. Penghantaran permohonan tersebut hendaklah disertakan dengan salinan dokumen sokongan yang disenaraikan pada borang yang sama ke Jabatan ini. 10. Pemberian ex-gratia kematian kepada waris-waris yang layak adalah berasaskan kepada prinsip bayaran berikut: 10.1 1/10 kepada ibu/bapa dengan mendahulukan ibu; dan 10.2 9/10 mengikut pembahagian syer seperti berikut: (a) duda / setiap balu : 2 bahagian (b) setiap anak : 1 bahagian Bilamana keadaan tiada waris yang layak di Perenggan 10.1, keseluruhan pemberian ex-gratia kematian akan diberikan kepada waris-waris di Perenggan 10.2, dan begitu

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy