Pencen

 PP.1.2.8 42 LATAR BELAKANG 3. Dalam keadaan di mana seseorang anggota meninggal dunia dalam perkhidmatan, faedah yang diberikan kepada tanggungan adalah turut tertakluk kepada opsyen yang dipilih. Bagi anggota berpencen, faedah-faedah terbitan akan diberikan kepada pihak- pihak yang layak tertakluk kepada peruntukan akta pencen dan pekeliling yang berkuat kuasa. Bagi anggota yang memilih opsyen KWSP, faedah yang akan diterima oleh tanggungan adalah pengeluaran jumlah caruman yang telah dicarum sepanjang perkhidmatan anggota dan majikannya serta beberapa faedah-faedah kewangan lain yang berkelayakan. 4. Berasaskan kepada senario semasa, terdapat waris kepada anggota yang meninggal dunia dalam perkhidmatan menerima faedah yang rendah bergantung kepada skim persaraan yang dipilih oleh anggota tersebut. 5. Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan ex-gratia kematian sekaligus kepada waris yang layak bagi anggota yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan sebagai tambahan kepada faedah-faedah yang sedia ada. PELAKSANAAN 6. Syarat-syarat kelayakan: 6.1 Anggota lantikan tetap atau sementara yang meninggal dunia dalam perkhidmatan; dan 6.2 tarikh kematian anggota pada atau selepas 1 Januari 2020. 7. Jumlah pemberian ex-gratia kematian kepada waris yang layak adalah berdasarkan julat tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira seperti di Jadual 1.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy