Pencen

 41 CERAIAN PP.1.2.8 PEMBERIAN EX-GRATIA KEMATIAN SEKALIGUS KEPADA WARIS YANG LAYAK BAGI ANGGOTA YANG MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pemberian ex-gratia kematian sekaligus kepada waris yang layak bagi anggota yang meninggal dunia dalam perkhidmatan. TAFSIRAN 2. Bagi tujuan Ceraian ini: “anggota” bermaksud pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri serta pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan berstatus tetap atau sementara; “waris” bermaksud (a) balu atau duda iaitu suami atau isteri yang masih hidup kepada seseorang anggota yang meninggal dunia yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undangundang bertulis, agama, adat atau kelaziman; dan/atau (b) anak bermaksud anak kepada anggota yang meninggal dunia sepertimana ditafsirkan mengikut undang-undang pencen, sama ada anak kandung, anak angkat, anak tiri atau anak tak sah taraf; dan/atau (c) ibu bapa bermaksud ibu kandung kepada anggota yang meninggal dunia atau, jika ibunya telah meninggal dunia, bapa kandungnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy