Pencen

 PP.1.2.7 39 ii) tempoh perkhidmatan yang diambil kira bagi pengiraan ex-gratia terbitan adalah tempoh perkhidmatan sepenuhnya secara isyarat (notion) seolah-olah gemulah berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan wajib; iii) umur persaraan wajib bagi menetapkan tempoh perkhidmatan sepenuhnya secara isyarat ditentukan melalui tarikh lahir gemulah yang tercatat dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan dan umur persaraan wajib yang terpakai bagi gemulah; dan iv) gaji yang akhir diterima bagi pengiraan ex-gratia terbitan adalah gaji akhir yang digunakan bagi pengiraan ganjaran terbitan. Contoh pengiraan ex-gratia terbitan ditunjukkan di Lampiran PP.1.2.7(A). 11. Ex-gratia terbitan diberi juga kepada ibu atau bapa pekerja Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan yang telah memilih Skim Pencen dan KWSP di bawah Seksyen 6E Akta 239 berhubung dengan pengasingan sistem Saraan Pihak Berkuasa berkenaan. Walau bagaimanapun, tempoh yang diambil kira bagi pengiraan ex-gratia terbitan adalah dari tarikh sehari selepas tarikh kematian gemulah pekerja sehingga tarikh sehari sebelum tarikh persaraan wajib yang terpakai baginya, dan gaji akhir yang digunakan untuk pengiraan ex-gratia terbitan adalah gaji yang akhir yang diterima sehari sebelum tarikh berkuatkuasanya pengasingan sistem saraan gemulah, seperti ditunjukkan dalam contoh pengiraan di Lampiran PP.1.2.7(B). Pemberian ex-gratia tidak meliputi anggota yang telah bersara pilihan di bawah Seksyen 12 Akta 227 atau Seksyen 12 Akta 239 atau pun yang telah bersara setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan di bawah Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239. 12. Ibu atau bapa yang menerima ganjaran terbitan di bawah Seksyen 25 Akta 227 layak diberi ex-gratia terbitan atas kadar tiga per empat daripada ex-gratia terbitan yang kena dibayar kepada ibu atau bapa seorang pegawai berpencen yang meninggal dunia dalam perkhidmatan. Contoh pengiraan seperti di Lampiran PP.1.2.7(C).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy