Pencen

 PP.1.2.6 31 10. Bahagian B: Pengesahan Bagi Kes Ketidakupayaan Anggota Dan Kecelaruan Mental Pengesahan tahap ketidakupayaan individu yang mengalami ketidakupayaan anggota hendaklah disahkan oleh pakar perubatan yang berkaitan sahaja seperti pakar rehabilitasi, pakar ortopedik atau pakar bedah. Bagi kes kecelaruan mental (mental disorder) pula, pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan oleh hanya Pakar Psikiatri Kerajaan sahaja. Bagi kes yang melibatkan ketidakupayaan anggota atau kecelaruan mental, pakar perubatan Kerajaan yang berkenaan hendaklah mengesahkan tahap ketidakupayaan pemohon melalui jadual maklumat jenis dan tahap ketidakupayaan bagi mengenalpasti sama ada pemohon berada di tahap yang ringan (mild), ketara (moderate), teruk (severe) atau amat teruk (profound). Kriteria-kriteria yang diambil kira bagi tujuan pengesahan anak cacat tanggungan pesara yang mengidap kecelaruan mental atau mental disorder: Bil. Kriteria Asas Penilaian Pegawai Pengesah 1. Dokumentasi perubatan bahawa individu tersebut jelas mengalami penyakit mental (kecelaruan mental) bagi kategori penyakit ini: (a) Organic mental disorder; (b) Schizophrenia; (c) Mood disorder (depression & bipolar disorder); (d) Lain yang berkaitan. (a) Riwayat penyakit yang lengkap dari pesakit dan ahli keluarga/penjaga; (b) Laporan bagi proses penilaian terkini, termasuk lawatan ke rumah; (c) Tahap pendidikan dan kemampuan menyesuaikan diri; (d) Pemeriksaan status mental. (e) Dokumentasi dari hospital lain, jika berkenaan; (f) Penilaian status klinikal terkini dan pelan perawatan; (g) Diagnosis; dan (h) Prognosis – peluang untuk sembuh. Pakar Psikiatri Kerajaan sahaja

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy