Pencen

 32 Bil. Kriteria Asas Penilaian Pegawai Pengesah 2. Telah menjalani rawatan psikiatri untuk sekurang- kurangnya 24 bulan atau telah mencapai tahap “Maximum Medical Improvement” (MMI) di mana-mana pusat rawatan/ pemulihan, hospital / klinik kesihatan Kerajaan mahupun swasta. Ini termasuk perawatan di klinik atau wad psikiatri, menjalani program di pusat rehabilitasi psikososial atau lawatan ke rumah oleh Unit Psikiatri Komuniti. Bahan rujukan: (a) Buku temujanji pesakit (b) Buku daftar kedatangan Pakar Psikiatri Kerajaan sahaja 3. Mengidap masalah kecelaruan mental atau mental disorder sebelum mencapai umur 21 tahun. (a) Sejarah penyakit yang lengkap dari pesakit dan ahli keluarga/penjaga. (b) Pengesahan tarikh mula mengidap Pakar Psikiatri Kerajaan sahaja Borang yang digunakan adalah borang JPA.BP.UMUM.B04 (Borang Daftar Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara). Borang ini juga boleh dimuat turun di laman portal khas pencen seperti berikut: i. Masukkan URL www.jpapencen.gov.my; ii. Buat carian ruangan senarai borang (di sebelah kanan); iii. Cari borang bernombor 18 iaitu Borang Pengesahan Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara; dan iv. Lengkapkan borang tersebut dengan mendapatkan pengesahan pakar perubatan Kerajaan yang berkaitan sahaja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy