Pencen

 PP.1.2.6 30 Kriteria Pertimbangan Bagi Kes Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara Yang Ingin Didaftarkan 9. Bahagian A: Pengesahan Pakar Perubatan Borang Daftar Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara (JPA.BP.UMUM.B04) hanya boleh disahkan oleh pakar perubatan Kerajaan sahaja. NO. KATEGORI PENGESAHAN 1. Ketidakupayaan Anggota (Pendengaran) * Sila rujuk Pakar Otorinolaringologi Kerajaan 2. Ketidakupayaan Anggota (Penglihatan) * Sila rujuk Pakar Perubatan Kerajaan (Oftalmologi) Kerajaan 3. Ketidakupayaan Anggota (Pertuturan) * Hanya kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas sahaja boleh disahkan * Sila rujuk Pakar Otorinolaringologi Kerajaan 4. Ketidakupayaan Anggota (Fizikal/Jasmani) * Sila rujuk Pakar Rehabilitasi * Boleh juga rujuk Pakar Bedah atau Pakar Ortopedik atau pakar yang berkaitan dengan ketidakupayaan yang dialami 5. Ketidakupayaan Otak (Masalah Pembelajaran) * Sila rujuk Pakar Perubatan yang berkaitan (Pakar Perubatan Klinikal, Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Kanak-Kanak, Pakar Saraf (Neurologi) atau Pakar Psikiatri Kerajaan 6. Kecelaruan Mental (Mental Disorder) * Mesti disahkan oleh Pakar Psikiatri Kerajaan sahaja

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy