Pencen

 29 PP.1.2.6 hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur dua puluh satu tahun”. 5. Syarat-syarat atau kelayakan anak kurang upaya tanggungan pesara: i. ketidakupayaan otak atau hilang upaya dari segi jasmani; ii. ketidakupayaan itu kekal; iii. tidak berupaya menanggung (menyara) dirinya sendiri; dan iv. ketidakupayaan hendaklah berlaku sebelum mencapai umur 21 tahun. ** Bagi anggota/pegawai yang dilantik sebelum 16.5.1986, syarat “ketidakupayaan anak mesti berlaku sebelum umur 21 tahun” adalah tidak terpakai, kecuali bagi kes kecelaruan mental sahaja. 6. Faedah yang bakal dinikmati oleh anak kurang upaya tanggungan pesara: i. Layak mewarisi pencen terbitan setelah kematian penjawat awam atau pesara (sepanjang hayat); dan ii. Layak menikmati kemudahan perubatan (sepanjang hayat). 7. Semua permohonan pendaftaran anak kurang upaya tanggungan pesara beserta laporan pengesahan pakar perubatan Kerajaan akan diteliti dan seterusnya diangkat untuk pertimbangan Jawatankuasa Penetapan Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara (JKACT), Jabatan Perkhidmatan Awam. Kategori Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara 8. Anak kurang upaya tanggungan pesara terbahagi kepada 3 jenis kategori: i. Anak yang mengalami ketidakupayaan otak; ii. Anak yang mengalami ketidakupayaan anggota (jasmani); dan iii. Anak yang mengalami kecelaruan mental atau mental disorder.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy