Pencen

 28 CERAIAN PP.1.2.6 GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN ANAK KURANG UPAYA TANGGUNGAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan sebagai rujukan mengenai prosedur, penerangan mengenai cara-cara memohon mendaftarkan anak kurang upaya tanggungan pesara, panduan mendapatkan pengesahan pakar perubatan Kerajaan dan cara mendapatkan borang- borang pendaftaran anak kurang upaya tanggungan pesara. LATAR BELAKANG 2. Penjawat awam yang memilih opsyen skim berpencen dan mempunyai anak kurang upaya boleh mendaftarkan anak kurang upaya tanggungan mereka semasa menguruskan penghantaran permohonan persaraan wajib mencapai umur mengikut opsyen umur persaraan, permohonan persaraan pilihan atau permohonan pencen terbitan bagi kes kematian dalam perkhidmatan. 3. ‘Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara’ yang dimaksudkan adalah anak kepada penjawat awam atau pesara yang mengalami ketidakupayaan otak, ketidakupayaan anggota ataupun kecelaruan mental. Pesara yang dimaksudkan adalah penjawat awam yang bersara dari Perkhidmatan Awam Persekutuan, Negeri, Badan-Badan Berkanun Persekutuan atau Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang memilih opsyen Skim Pencen Sektor Awam. Ceraian ini juga turut menjelaskan mengenai kemudahan dan faedah terbitan yang diberi kepada anak kurang upaya tanggungan tinggalan seseorang penjawat awam dan pesara yang meninggal dunia. PELAKSANAAN Tafsiran 4. Mengikut Seksyen 2 (b) Akta Pencen 1980, anak cacat atau anak kurang upaya ditafsirkan sebagai: “Seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri dengan syarat anak itu adalah anak cacat otak atau

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy