Pencen

 1-1 LAMPIRAN PP.1.2.2(A) PANDUAN URUSAN FAEDAH PERSARAAN DAN FAEDAH TERBITAN MELALUI MODUL PENAMATAN PERKHIDMATAN DALAM SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMIS) 1.0 LATAR BELAKANG 1.1 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 tahun 2005 (Pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia) yang berkuatkuasa mulai 8 Jun 2005 telah memaklumkan tentang pelaksanan HRMIS di semua agensi sektor awam. Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan ini, Surat Pekeliling Bilangan 4 Tahun 2010 (Pelaksanaan Modul Penamatan Perkhidmatan-Urusan Persaraan Kerana Mencapai Umur 55/56/58/60 Tahun, Urusan Persaraan Pilihan dan Fungsi Kematian Dalam Perkhidmatan) diedar dan mula berkuat kuasa pada 1 April 2010. Selain itu, Surat Edaran bertajuk Penghantaran Maklumat Bagi Urusan Faedah Persaraan dan Faedah Terbitan Melalui Modul Penamatan Perkhidmatan – Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) bertarikh 23 Jun 2010 juga telah dikuatkuasakan. Semua Kementerian Persekutuan, Pentadbiran Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah melaksanakan penghantaran maklumat persaraan dan kematian dalam perkhidmatan menggunakan HRMIS kepada Jabatan Perkhidmatan Awam mulai 1 Ogos 2010. 1.2 Pelaksanaan Modul Penamatan ini turut diambil kira sebagai salah satu kriteria bagi penilaian Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator (KPI)) kepada semua Ketua-Ketua Jabatan sepertimana yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bilangan 2 Tahun 2015 yang telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama Ketua-ketua Jabatan yang telah diadakan pada 30 November 2015. Mulai 1 April 2016, pelaksanaan Modul Penamatan Perkhidmatan telah dikuatkuasakan kepada semua Kementerian/ Agensi Kerajaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy