Pencen

 1-2 2.0 SKOP PELAKSANAAN Pelaksanaan meliputi urusan penghantaran dokumen persaraan iaitu: 2.1 Persaraan Paksa Kerana Mencapai Umur 55/ 56/ 58/ 60 Tahun Penghantaran permohonan faedah persaraan mulai 1 April 2016. 2.2 Persaraan Pilihan Penghantaran permohonan persaraan pilihan dan faedah persaraan mulai 1 April 2016. 2.3 Kematian Dalam Perkhidmatan Penghantaran permohonan faedah terbitan mulai 1 April 2016 bagi anggota yang meninggal dunia dalam perkhidmatan. 3.0 PELAKSANAAN 3.1 Penghantaran Borang dan Dokumen Sebaik sahaja penghantaran permohonan melalui Modul Penamatan Perkhidmatan HRMIS dilaksanakan, agensi dikehendaki menghantar dokumen sokongan seperti berikut: 3.1.1 Persaraan Paksa Kerana Mencapai Umur 55/ 56/ 58/ 60 Tahun i. Borang JPA.BP.HRMIS01 – Urusan Persaraan Dan Pencen Melalui Aplikasi HRMIS (cetakan selepas penghantaran atas talian); ii. Borang JPA.BP.1 – Pengiraan Cuti Rehat Atau Cuti Rehat Khas Yang Boleh Dikumpul Di Bawah Peraturan- peraturan Pencen 1980 (bagi anggota Perkhidmatan Awam persekutuan sahaja) (cetakan selepas penghantaran atas talian); iii. Borang JPA.BP.2 – Sijil Akuan Berhutang (cetakan selepas penghantaran atas talian); iv. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan terkini; v. Salinan Kenyataan Cuti terkini; vi. Salinan buku bank / penyata (akaun perseorangan sahaja) yang memaparkan nama penuh seperti tercatat di kad pengenalan, nombor kad pengenalan baharu dannombor akaun bank;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy