Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 14 PO.1.1.3 16. Sekiranya penyediaan Buku Perkhidmatan yang baru tidak boleh dibuat kerana segala maklumat atau dokumen penting masih gagal diperolehi, Ketua Jabatan dengan kerjasama pegawai yang berkenaan hendaklah mendapatkan bantuan daripada rakan yang pernah bertugas di agensi yang sama dengan pegawai untuk membantu menyediakan Buku Perkhidmatan yang baharu. Tanggungjawab Ketua Jabatan 17. Ketua Jabatan bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara Buku Perkhidmatan pegawai di bawah penyeliaannya serta memastikan maklumat direkodkan dengan teratur, lengkap dan terkini. Tanggungjawab Pegawai 18. Pegawai hendaklah mengemukakan maklumat peribadi bagi tujuan penyediaan Buku Perkhidmatan, membuat semakan maklumat yang direkodkan dan memaklumkan sebarang perubahan maklumat bagi tujuan pengemaskinian Buku Perkhidmatan. Pegawai dinasihatkan menyimpan dokumen penting yang berkaitan dengan perkhidmatannya bagi membantu dalam penyediaan semula Buku Perkhidmatan yang hilang atau musnah. PEMBATALAN 19. Dengan berkuatkuasanya ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2008 - Panduan Menguruskan Buku Perkhidmatan adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 20. Ceraian ini adalah terpakai kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy