Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-32 BAHAGIAN VI URUSAN SURAT KERAJAAN Pendahuluan 6.1. Surat merupakan salah satu cara perhubungan yang penting di antara agensi Kerajaan dengan agensi Kerajaan yang lain dan orang ramai. Surat disediakan bagi tujuan antaranya untuk menyampai atau mendapatkan maklumat, arahan, keputusan dan idea baru. 6.2. Surat yang disediakan oleh agensi Kerajaan merupakan salah satu dokumen dan rekod rasmi. Surat adalah penting bagi membuktikan wujudnya penyaluran maklumat antara sesama agensi Kerajaan dan dengan pihak lain. Setiap surat hendaklah jelas, tepat dan ringkas supaya mesej dapat disampaikan dengan berkesan. Sesuai dengan perkembangan teknologi, surat boleh dihantar melalui mesin faksimili dan electronicmail (emel) di samping melalui pos dan penghantaran tangan. Penyediaan 6.3. Penyediaan surat rasmi Kerajaan hendaklah mengandungi elemen-elemen berikut: (a) alamat pengirim; (b) alamat penerima; (c) nombor rujukan; (d) tarikh surat; (e) tajuk surat; (f) pembukaan dan pengakhiran surat; dan (g) penomboran perenggan, muka surat dan lampiran.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy