Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 26 PO.1.1.6 11.2 Penanggungan kerja jawatan yang mempunyai gred fleksi, Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan gred gaji yang terendah. Gred Fleksi bermaksud jawatan yang mempunyai lebih dari satu gred; [Pengiraan adalah seperti contoh 4 di Lampiran PO.1.1.6(B)] 11.3 Bagi pegawai yang menanggung kerja jawatan fleksi, Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan kepada skim perkhidmatan yang mempunyai mata gaji terendah. Jawatan Fleksi bermaksud keanjalan atau kelonggaran yang diberikan kepada satu-satu jawatan yang memungkinkan jawatan itu disandang oleh pegawai daripada pelbagai skim perkhidmatan; [Pengiraan adalah seperti contoh 5 di Lampiran PO.1.1.6(B)] 11.4 Jika jawatan yang ditanggung kerja itu adalah Jawatan Terbuka, Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan kepada gaji permulaan skim perkhidmatan pegawai yang menanggung kerja jawatan terbuka; dan [Pengiraan adalah seperti contoh 6 di Lampiran PO.1.1.6(B)] 11.5 Jika jawatan yang ditanggung kerja itu diwujudkan secara Khas Untuk Penyandang (KUP), Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan kepada gred hakiki jawatan. [Pengiraan adalah seperti contoh 7 di Lampiran PO.1.1.6(B)] Syarat Pembayaran Elaun Penanggungan Kerja 12. Pegawai yang telah diluluskan penanggungan kerja hendaklah dibayar Elaun Penanggungan Kerja tertakluk kepada syarat-syarat berikut: 12.1 Telah melaksanakan tugas jawatan yang ditanggung kerja selama dua puluh lapan (28) hari berturut-turut termasuk hari cuti mingguan, kelepasan am dan juga cuti rehat atas sebab-sebab kecemasan serta cuti sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada lima (5) hari bekerja; 12.2 Seseorang pegawai yang sedang menanggung kerja tetapi kemudiannya meninggalkan tugas jawatan yang ditanggung kerja itu selama empat belas (14) hari atau lebih berturut-turut, iaitu termasuk cuti mingguan dan kelepasan am, maka pembayaran Elaun Penanggungan Kerja hendaklah dihentikan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy