Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 25 PO.1.1.6 8.2 Jawatan yang pelaksanaan tugasnya mengikut giliran / syif. Contohnya, Jururawat dan Pengawal Keselamatan yang bertugas mengikut syif; dan 8.3 Jawatan yang bentuk tugasnya tidak membenarkan atau tidak praktikal dilakukan secara penanggungan kerja. Contohnya, Pemandu Kenderaan dan Guru atau Pensyarah yang mengajar. Kuasa Melulus Penanggungan Kerja 9. Penanggungan kerja seseorang pegawai boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melulus yang disenaraikan mengikut jawatan dan gred yang akan ditanggung kerja dalam Jadual di Lampiran PO.1.1.6(A). Elaun Penanggungan Kerja Kadar Elaun Penanggungan Kerja 10. Kadar Elaun Penanggungan Kerja ialah 25% daripada gaji permulaan jawatan yang ditanggung kerja. Formula asas pengiraan adalah seperti berikut: Elaun Penanggungan Kerja (EPK) = Gaji Permulaan Jawatan Yang Ditanggung Kerja x 25 100 [Contoh pengiraan adalah seperti contoh 1 dan 2 di Lampiran PO.1.1.6(B)] 11. Walau bagaimanapun, pengiraan elaun ini hendaklah dibuat berdasarkan kedudukan dan gred jawatan yang ditanggung kerja seperti berikut: 11.1 Bagi jawatan yang menetapkan mata gaji permulaan pelbagai, Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan gaji permulaan terendah bagi jawatan skim perkhidmatan yang berkenaan; [Pengiraan adalah seperti contoh 3 di Lampiran PO.1.1.6(B)]

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy