Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-34 Bil. Butir-Butir Maklumat Kaedah Merekod (ii) Nombor sijil sakit hendaklah ditulis di ruangan “Hal-Hal Lain”dengan mencatatkan selepasnya huruf (K) bagi sijil sakit yang diperolehi daripada Pegawai Perubatan Kerajaan atau huruf (S) bagi sijil sakit yang diperolehi daripada Pegawai Perubatan Swasta. 6. Cuti Separuh Gaji Kelulusan Cuti Separuh Gaji ini hendaklah juga dicatatkan di dalam Bahagian 2 – “Kenyataan Perkhidmatan”. 7. Cuti Tanpa Gaji Kelulusan Cuti Tanpa Gaji ini hendaklah juga dicatatkan di dalam Bahagian 2 – “Kenyataan Perkhidmatan”. 8. Cuti Bersalin Setiap Cuti Bersalin hendaklah dicatatkan dengan menyatakan kali ke berapa Cuti Bersalin itu diluluskan. Kelulusan Cuti Bersalin ini hendaklah juga dicatatkan di dalam Bahagian 2 – “Kenyataan Perkhidmatan”. ⃰ Lain-Lain Cuti (antara jenis cuti yang perlu direkodkan): (i) Cuti Haji (ii) Cuti Kerana Berkursus (iii) Cuti Rehat Khas (iv) Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan (v) Cuti Kecederaan (vi) Cuti Kerantina (vii) Cuti Sakit Lanjutan (viii) Cuti Tibi, Kusta dan Barah (ix) Cuti Tugas Khas Perubatan (x) Cuti Tidak Berekod

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy