Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-33 BAHAGIAN IV KENYATAAN CUTI 12. Bahagian ini dikhaskan untuk merekodkan maklumat mengenai semua cuti yang diambil/diluluskan kepada seorang pegawai. Catatan hendaklah dibuat mengikut turutan. Kaedah Merekod 13. Kaedah merekod beberapa jenis cuti adalah seperti berikut: Bil. Butir-Butir Maklumat Kaedah Merekod 1. Nama Pegawai Sama seperti kaedah merekod Nama Pegawai di dalam “Maklumat Peribadi”. 2. Nombor Jabatan Sama seperti kaedah merekod Nombor Jabatan di dalam “Maklumat Peribadi”. 3. Nombor Pendaftaran Cawangan Perkhidmatan Atau Negeri Sama seperti kaedah merekod Nombor Pendaftaran Cawangan Perkhidmatan atau Negeri di dalam “Maklumat Peribadi”. 4. Cuti Rehat Catatan hendaklah direkodkan dengan pen dakwat biru/hitam. Tarikh-tarikh cuti yang diluluskan dan jumlah harinya hendaklah tepat. Sekiranya terdapat cuti am/cuti hujung minggu di dalam tempoh cuti yang diambil, ia hendaklah dicatatkan di ruangan “Hal-Hal Lain” (kerana ia tidak dianggap sebagai sebahagian daripada Cuti Rehat yang diluluskan). 5. Cuti Sakit Ruangan catatan Cuti Sakit hendaklah dicatatkan seperti berikut: (i) Catatan hendaklah ditulis dengan pen dakwat merah. Tarikh-tarikh cuti diluluskan dan jumlah harinya hendaklah tepat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy