Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-14 Bil. Butir-Butir Maklumat Kaedah Merekod 6. Tarikh Sampai Umur Dihadkan Rekodkan tarikh pegawai mencapai umur persaraan wajib mengikut peraturan pencen yang sedang berkuat kuasa. 7. Kebenaran Rekodkan rujukan dan tarikh surat kuasa atau surat yang mengiringi pekeliling, surat pekeliling, peraturan, surat edaran atau Penyata Perubahan Gaji (Kew.8) bagi sesuatu urusan. 8. Butir-butir Perubahan Dan Lain-lain Hal Mengenai Pegawai Rekodkan selengkapnya maklumat sesuatu peristiwa atau perubahan berkaitan dengan perkhidmatan pegawai merangkumi tarikh kuat kuasa, bilangan dan tahun kepada pekeliling atau peraturan lain jika berkenaan. Istilah dan rangkaian kata yang digunakan hendaklah direkodkan dengan betul contohnya “Dilantik ke jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)...” dan bukan “Ditawarkan ke jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)...”. Seboleh-bolehnya, semua peristiwa berkaitan dengan perkhidmatan pegawai seperti pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, penanggungan kerja, pemangkuan, kenaikan pangkat, tatatertib dan sebagainya hendaklah direkodkan mengikut susunan tarikh kuat kuasa sesuatu peristiwa atau tarikh penerimaan surat mengikut mana yang terdahulu. 9. Nama Jawatan, Peringkat Dan/ Atau Kelas Rekodkan nama skim perkhidmatan dan gred hakiki pegawai pada setiap peristiwa yang dinyatakan di ruangan “Butir-butir perubahan”. Gred jawatan yang dipangku atau skim dan gred jawatan yang ditanggung kerja juga hendaklah dicatatkan. Contoh catatan pemangkuan adalah “Pegawai Penyelidik Gred Q52 Memangku Gred Q54” atau contoh catatan penanggungan kerja adalah “Pegawai Teknologi Maklumat Gred F48 Menanggung kerja PTD Gred M48”. 10. Tarikh Mulai Daripada Rekodkan tarikh kuat kuasa atau kelulusan sesuatu urusan/ peristiwa. 11. Berpencen, Tak Berpencen, Peruntukan Terbuka Rekodkan sama ada pegawai bertaraf berpencen atau tidak berpencen pada setiap perisitiwa yang dinyatakan di ruangan “Butir-butir perubahan”. (Istilah Peruntukan Terbuka bermaksud tiada jawatan baginya di dalam Anggaran Belanjawan Tahunan dan ia tidak relevan pada masa ini).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy